Doa qunut :
Allahummah dini fiman hadait.
Wa'aafinii fiiman 'aafait.
Watawallani fiman tawallait.
Wabaariklii fiimaa 'a'thait.
Waqinii syarramaa qadhait.
Fa'innaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik. Waiinahu laa yadzilluman walait. Walaa ya'izzuman 'aadait.
Tabaa rakta rabbanaa wata'aalait.
Falakalhamdu 'ala maaqadhait.
Astaghfiruka wa'atuubu ilaik.
Washallallaahu 'ala Sayyidinaa Muhammad. Wa'ala aalihi washahbihi Wasallam.
Maksudnya:
Ya Allah tunjukkanlah kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan
Dan berilah kesehatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesehatan
Dan peliharalah aku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau karuniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan.
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Jika anda menjadi imam, anda perlu membaca dan mengubah kalimah tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimah-kalimah tersebut hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan amin saja.
Kalimat kalimat tersebut ialah :
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini " kepada "Wa'a fina "
"Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"
TERLUPA UNTUK BACA DOA QUNUT
Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solatsubuhiaitu terlupa untuk baca doa qunut dan terus sujud. JadiSAHatauTIDAKsolat kita.
Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba'ad.
CARA MELAKUKAN SUJUD SYAHWI
Sujud syahwi dilakukan selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
Melakukan sujud sebanyak dua kali.
Pada kedua-dua sujud berikut hendaklah membaca tasbih ini:
سُبْحَانَمَنْلَا يَنَامُوَلَا يَسْهُوْ
Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
BACA INI UNTUK LEBIH JELAS:Cara
melakukan sujud sahwi
Alhamdulillah selesai sudah solat subuh. Adakah anda fahaminya. Jadi selepas solat seperti biasa kita perlu membaca doa selepas solat.
0 komentar:
Posting Komentar